top of page

Asal baju Melayu adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang dibuat tidak berlengan. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.

 

Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar). Semua baju Melayu dan seluar berkekek dan berpesak.
 

Apakah itu Baju Sikap atau Baju Layang?
 

Baju layang adalah pakaian luar terutama yang hanya boleh dipakai oleh golongan bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang dianugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.

Bagaimanakah Tanjak Digunakan?
 

Tanjak juga dikenali sebagai destar atau ikat kepala.

Jenis kain dan cara tanjak dipakai harus mengikut darjat atau pangkat.

 

Puncak Tanjak

Bagi rakyat biasa, Puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ dihalakan ke sebelah kiri.

​

Bagi golongan DiRaja dan golongan bangsawan, Puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ dihalakan ke sebelah kanan atau duduk di tengah-tengah.

​

Ekor Tanjak

Ekor tanjak disebut ‘pucuk’  perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata kecuali Dua golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.

​

Kain  Samping

​

Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.

 

Cara mengikat samping dibahagikan kepada 3 cara mengikut pangkat iaitu:

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)    b. Ikatan kembung (Pembesar)

​

​

​

​

​

​

 

 

 

 

 


 

 

 


                                                          c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

Cara Memakai Samping

​

​

bottom of page